Jennifer Lopez Bikin Konsert di KL Disember Ini!

..

Bagi yang masih susah nak percaya, anda disarankan... percayalah. Kerana apa yang anda baca adalah benar belaka. Tapi buat para peminat tegar diva popular Amerika ni, jangan terlalu gembira. Sebab? Dia Jennifer Lopez, maka apa dan bila-bila masa saja kenyataan ini boleh berubah. (Harapnya tidak lah.)

Sekadar menyebut beberapa nama, (itu pun kalau anda pernah dengarlah) Rihanna dan Beyonce antara figura yang pernah cuba dibawa masuk ke sini namun dek kerana faktor imej, penampilan juga lagunya, kehadiran mereka mendapat bantahan hebat sesetengah pihak. Tak kurang, kumpulan Pussycat Dolls, penyanyi Mariah Carey dan Erykah Badu juga pernah cetuskan kontroversi. Dan kali ini kita menerima berita J.LO nak buat konsert kat sini. Spontan membuatkan ramai berkata, "biar benar?!"

Tapi siapa tahu, kalau-kalau J.Lo dan pihak pengurusannya sedia mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan kehadirannya diterima baik oleh semua pihak.

Apapun, lewat petang semalam penganjur Galaxy Group mengumumkan yang mereka bakal membawa penyanyi berprofil tinggi itu turun ke Malaysia sempena rangka Jelajah Dance Again World.

..

Konsert ini akan mengambil tempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 2hb Disember 2012 dan jualan tiket akan bermula dari 8hb September ini dengan diskaun 15% untuk ahli kad Visa.

Tiket konsert Jennifer Lopez Dance Again World Tour Live In Malaysia 2012 bermula dari RM168 sehingga RM628 dan boleh diperolehi melalui laman rasmi Galaxy Group.

- mD


Comments